Powered By Blogger

Thursday, September 4, 2008

CARI DUIT,KUMPUL DUIT,DERMA DUIT

Assalamualaikom W.B.T

Hari ini akak nak cerita bagaimana akak dapat peluang ini. Kawan akak dari Ipoh, namanya Kak Dah minta akak joint program yang dia masuk ini, diceritanya panjang lebar lah apa dia program ini, akak pun dengar dgn teliti, akhirnya akak kata tak percayalah.... takut nanti duit kita lebuh gitu saja. Bukan senang nak cari duit sekarang ni tambahan pula tak kerja, bonus dlm MLM pun dah tak laju masuknya sebab ahli banyak lari buat yang lain. Maklomlah jual produk kesihatan berapa ramai sangat nak beli berulang ulang tambahan pula mereka yang beli dan guna terus baik sakit (pada yang raksilah katakan), dah tak mahu beli lagi.....Dah baik buat apa beli, buang duit saja. Itulah fikiran orang Melayu kita, tentang kesihatan tu tak ambil berat sangat. Itu produk makanan tambahan, bukan ubat, kenalah makan berterusan..........

Kawan akak tu ya ya benar suruh akak joint. Akak tetap tak mahu, cuma akak nak jaga hatinya akak kata, takpalah Kak Dah buat dulu, kalau betul dapat duit saya akan joint dgn Kak Dah. Macam merajuk juga nampaknya dengan akak tapi akak buat tak tahu aje....

Selepas satu minggu dia call akak dan beritahu dia dah dapat rm2ooo.oo (dua ribu ringgit). Tercapang juga telinga akak mendengarnya (dalam telefon dia tak nampaklah telinga akak tu).

Yang capang telinga tu bukan nya apa?......Sebab Kak Dah ni selalu gelarkan dirinya OKU umurnya dah menjangkau 70 tahun tapi aktif dgn direct selling lagi. Walau pun mata dah 2 kali operate tapi semangatnya tak luntur.Dia tak boleh memandu jauh jauh lagi dah, tapi hebatnya dia melalui SMS pun boleh buat duit...... Saya tabek springlah kat Kak Dah........

Akak pun mendaftarlah sebagai ahli melalui Kak Dah ni, joint program ni... Dlm hati akak berkata " kalau dia boleh buat tak kan aku tak boleh buat".

Setelah joint upline dia call akak dan bercerita panjang lebar, bertambahlah fahamnya...Apa itu menjana pendapatan sambil menderma. Setelah difikirkan betul juga.... Kalau kita nak keluarkan duit untuk menderma 10 masjid dan 10 rumah anak yatim dalam seminggu tak mampu kita, tapi dgn joint program ni kita mampu lakukannya, tak mustahil.........

No comments: